Monday, June 19, 2017

Life hack Inspired - Selamatkan lipstik yang dah nak habis, cair atau patah!

Ni dalam post ni nak share je la cubaan I weekend haritu, akibat terlampau sangat banyak free time agaknya, buat lah satu projek ni.  Actually lifehack tentang lipstik yang dah habis sampai hujung ni dah banyak kali melintas kat timeline sampai tergerak hati nak cuba.  Kebetulan pula on Friday, I keluar cari supplies glass bottle kat Ampang Galaxy dan bertembung small make up casings yang I boleh guna untuk tujuan ni (gila scary tempat ni - first time pegi.  Diorang ayat you masuk kedai salon diorang macam hooker street Lorong Hj Taib siot.).

Apa sebenarnya ni?

Korang biasa ke tak pakai lipstik, especially colour favourite korang sampai habis ke hujung?  Mungkin tidak bagi 1) orang yang gila banyak lipstick dia sampai tak habis-habis bertahun satu colour, atau 2) orang yang beli lipstik tapi tak pakai.  Hahaha.  I adalah golongan ke-3 dimana I pakai lipstick , kalau dah favourite colour tu akan pakai sampai habis.

Tapi you all sedar tak, walaupun dah habis lipstik tu, tapi dalam dia masih ada saki baki.  Serious I tau ada baki dalam tu tapi I sangat tidak sangka yang berbaki adalah banyak gila.  So selalu kalau Mac tu, dah habis kan pegi je lah trade in dapat free lipstik kalau korang kumpul 5 casings.  Yang brand lain- lain tu buang jela.

Kalau taknak buang dan nak bertindak cheapskate, nak guna hingga ke titisan terakhir?  Hahaha. Sila guna berus, ye tak...

Tapi rasa tak cool bila carry around almost empty lipstick casing?  Dan makan ruang makeup bag pula?  Ok then korang boleh refer apa I dah buat ni.

Takpon lipstik korang patah? mencair dan rosak sebab tertinggal dalam kereta?  Ponnn boleh guna trick ni.

Bahan- bahan yang di perlukan

1. Lipstick yang dah nak habis/ patah/cair.
2. Spatula kecil.
3. Bekas kosong (kalau takde bekas macam ni, boleh je pakai contact lense casing). 
4. Lilin & lighter atau mancis.
5. Sudu (jangan pakai sudu plastik yeeee kang cair hahaha)
6. Piring/ lapik untuk elakkan bersepah. 

Macamana nak buat yee...

Mula- mula bagi korang tengok ni dulu hehehe. So karangan cara nak buat mengikut gambarajah dibawah.

1. Sediakan bahan- bahan dan get ready.  Make sure kalau ada anak kecik tu suruh main jauh-jauh.  Mak nak main lipstick ni jangan kacau.

2. Korek keluar lipstik tu semua menggunakan spatula kecik tu.  Spatula I guna tu memang mini aje saiz dia.  Nampak gambar no.2, I gunakan lipstik yang dah habis, tapi leftover dia wow banyak.

3. Letak lipstik ke atas sudu dan cairkan. Cairkan sampai cair lah semuanya.

4. Once cair, sila lah titis ke dalam bekas korang.  Hasil nya taraaaaaaaa.

Sila abaikan casing yang atas tu tercomot tu sebab I tak cermat. Maka terjatuh ketulan yang belum cair dalam tu.

Tunggu sejuk baru lah korang boleh cuba gunakan lip brush dan calit ke bibir.  Jangan cari pasal weiii panas- panas tu.

Colour atas: Mac - Lustre.
Colour bawah: Stila - Betsey

Senang kan?  Total masa ambik tak sampai pon 10 minit.  Sekejap sangat.  So yang ni I boleh bawak travel.  Sediakan 1 small brush aje.  Dah boleh guna semula.

Apa lagi, kalau ada banyak masa sila cuba kat rumah masing- masing ya.

No comments: