Tuesday, May 23, 2017

PanAway Essential Oil

Hmmm akhirnya jumpa juga masa untuk tulis lagi kat blog nan berhabuk ni.  Sibuk tau, tentang kerja, personal, rumahtangga dan sebagainya.  

Rasanya masa last post ada mention nak buat oil review *grin*.  Slowly, but surely.  Saja nak berkongsi sebenarnya betapa cemerlang nya perasaan setelah mula oiling ni.  

Harini nak cerita pasal  PanAway® .  I beli  PanAway®  ni sebagai sebahagian set Everyday Oil Set.  Kebetulan few weeks ago I was training for another run (which konon I take up as 'me' time - sila gelak).  Hmmm walaupon takdelah run setiap hari pon kan, atau aerobic setiap hari, tapi rasanya without failed memang every alternate days cuba move it juga.  Maklumlah, golongan manusia berbadan berat hahaha.  Kena lah paksa diri.  



Anyway, bila push diri tu, terasa juga lah sengal- sengal badan ni.  Nak urut, rasa macam pernah terbaca kalau lepas run tu tak boleh urut within 24 hours tu.  Dalam dok penat- penat fikir lahhhh.... Jom apa kata kita experiment pakai PanAway® untuk segarkan badan yang dah lepas exercise secara total. 

Untuk pengetahuan, I dah cuba guna PanAway® masa company buat fire drill haritu.  Ya Allah 43 tingkat I turun naik staircase you all, tak tipu tau.  Nak patah rasa kaki dan pinggang ni keesokan harinya.  Mula-2 dok berurut pakai PanAway®, tersalah teknik agaknya mungkin ratio VCO yang I guna untuk dilution tu tak padan dengan berapa drops I letak, jadi takde kesan.  Kemudian consult a friend yang juga pengguna Young Living Essential Oil ni, dia kata rasanya ratio I tu tak ngam.  Suruh I improvise, and I did.  The result?  Wow.  I didn't have anymore complaints of achy feet and back. Tapi tu cerita masa fire drill.  I guna kan oil tu secara topical, by diluting the essential oil with a carrier oil and used it for massage.

Kemudian bila dah masuk minggu training hard macam I mention kat atas, mula lah nak creative.  Ye lah, uruskan anak 3 orang dan rumahtangga, kerja sibuk, duduk je memenatkan dan sakit muscle bahu, tambah pressure kat Exercise lagi, terkejar- kejar.  My whole body was aching.  Entire body.  Rasa macam tunggu masa nak rapuh.  Apa I buat?

I gunakan 4-5 drops PanAway® oil dalam air mandian (berapa litre tak ingat lah, tapi lebih kurang dalam 1-2 gayung gitu.  I guna untuk bilasan akhir mandi, basuh dari tengkuk ke bawah.  

Lepas siap mandi, I dilute sikit dalam 1:3 ratio dengan carrier oil.  Sapu kat tempat-tempat yang rasa berat.  Harus diingatkan PanAway® adalah golongan minyak mahal.  Hahahaha.  Jadi gunalah secara berhemah.  

Berkesan ke?  Alhamdulillah, walaupon rasa macam mandi minyak angin, tapi badan berasa lega, ringan, sakit hilang, bersemangat.  Mesti rasa macam hhhmmmm apa la makcik ni bebel, minyak apa ni?

Meh nak cerita sikit apa ada dalam minyak PanAway® ni,
  • Wintergreen leaf oil - Wintergreen oil ni multipurpose sebenarnya, tapi antara kegunaan dia adalah untuk uplift mood sebab bau dia yang segar, hampir macam mint juga, digunakan untuk treat infection, dan juga sebagai pain relief.  
  • Helichrysum flower oil - Mengandungi khasiat anti-inflammatory, merawat kembung, sakit perut, menaikkan metabolisme dan sebagainya. 
  • Clove bud oil - Clove oil ni pun multipurpose juga, dan bersifat 'anaesthetic' jadi banyak digunakan dalam rawatan pain relief.  
  • Peppermint oil - Peppermint ni I personally pun guna single oil dia untuk pelbagai rawatan juga termasuk sinus, batuk, sakit kepala, sakit muscle.  Yelah, dah la bau fresh sangat, khasiat pon pelbagai pula termasuk merawat kembung, respiratory issues, stress relief dan banyak lah lagi.

Jadi seikhlas hati sebagai seorang pengguna minyak PanAway® tak rugi pun kalau kita beli dan simpan kat rumah.  Boleh lah capai bila masa berasa sakit- sakit tu.  Takyah nak tunggu sakit, nak cegah pon boleh contoh nak sapu sebelum mulakan exercise kat gym tu ke, kan? Sekurang- kurang kalau kita tak dapat nak bernatural sangat kat makan kita cuba dulu dengan yang ini.  Kemudian boleh laaa pelan-pelan mula untuk ber-natural kat lain pulak (I dah mula kat makan dah, sekarang lebih banyak telan salad walaupun tak berapa lalu hahahaha).  Hah lagi satu yang penting, PanAway® by Young Living ni adalah essential oil high grade, 100% pure, therapeutic grade.  In shaa Allah 100% selamat.

I guna, I percaya.  Dah terjebak, susah nak berundur. Hmmm.


Friday, May 05, 2017

Gila Minyak

Gila minyak naik minyak.  Hemmmm.  Actually I ni memang peminat segala macam ointment ni sebagai theraphy sejak berkurun lama nya.  Sebagai Mommy yang ada anak kecik ni, memang tak berenggang lah dengan segala macam oil atau ointment atau rub sebagai rawatan tambahan bila anak- anak kurang sihat.

Kalau follow, sure tau kan, anak- anak twins I ni dulu keluar masuk hospital agak kerap.  Yela, dahla lahir premature, kemudian duduk pula kat taska.  Punya kerap masuk hospital dulu, selang 2 minggu je warded, kemudian jadi sebulan sekali, 2 bulan sekali, 3-4 bulan sekali... Now dah 2 tahun tak masuk wad Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat kesihatan dia beri pada anak-anak.

Anak- anak bila dengan ubat- ubatan ni dah macam candy dah.  Nampak botol ubat, seronok macam nak makan candy.  Eee risau kan jadi mak- mak ni.  Drugs tu masuk dalam badan anak kita terlalu kerap dan lama- lama dia dah jadi racun.

Jadi sebagai mak prihatin, I mula lah cari alternative dengan cara beri supplement bila diorang dah old enough untuk makan supplement.  I bagi diorang habbatussauda la, scotts emulsion la, buat percussion la untuk kurang kan kahak, sapu herbal oil la, siap buat olive oil and garlic socks tu bagai la, dan sambil tu bila dah besar sikit mula try essential oil sebab realise goodness dia.  Kemudian syukur pada Allah, segala ikhtiar dengan izin Nya, dan partly sebab diorang dah capai age stabil sikit, immune badan diorang dah nampak semakin kuat.  Nak kata lansung takde sakit tu bohong lah.  Anak- anak duduk dekat taska ni surely akan ada infection juga.  Tapi tak lah seteruk dulu- dulu.

Bila diorang dah besar tu kita berani sikit nak experiment kan.  Contoh, bila muntah dan cirit birit, ubat pon tak boleh makan, I bagi diorang Yakult, yogurt, banana dan bagi porridge sikit- sikit.  Pernah tahap, suap 2-3 sudu every hourly ye.  Masa ni ubat pun dah tak jalan so baik cuba cara ni.

Contoh lagi, bila selsema gunakan lavender essential oil (diluted dengan VCO) sapu pada hidung.  Amazingly, memang cepat sangat kering.  Kat diri sendiri pun, bila sakit sana sini surely bermassage guna oil jugalah.  Dah banyak juga brand cuba, sebelum bertembung dengan satu brand ni.  Cheaper brands yang I dah try, which of course ada yang works ada yang tak...Hemmm tapi... ada tapi... Brand yang I pakai sekarang bau dia fresh sangat, dan datang dalam packaging dan offer menarik juga walau harga dia agak on the high side compared dengan brands lain I pernah guna. Dan dia memang therapeutic grade oil so kita rasa selamat nak guna.  100% original oil.  Kena pandai tengok bila beli oil ni.

Tadaaaaaa.  Presenting to you my current obsession - the Young Living Essential Oil.  Sure korang cakap, eleh Mommy nak promote la tu MLM tu wehhh.  Takde maknanya... Mommy antara kategori manusia tak berapa reti berniaga sebab selalu terpedaya memberi diskaun hingga tiada untung.  Hahahaha percayalah punya kesian sampai postage pon I tanggung.  Kenapa you rasa I stop jual telekung hahahaha.  Hati mudah cair.  Nampak je garang tapi dalam hati ada taman.



Kenapa lah kan... Suka sangat pakai EO ni?  EO ni terus terang cakap, kalau korang nak fast remedy, sila lah terus makan ubat.  Tapi kalau korang macam I, ada sikit rasa serik, takut anak banyak sangat makan ubat, maka cuba lah cara alternative pula.  Sebagai Mommy prihatin, I cuma share bila I rasa sesuatu tu betul ada benefit pada I dan anak- anak.  

Guna oil ni, mesti guna cara selamat.  Ada pengguna, choose untuk ingest (makan) essential oil ni dengan cara drop dalam minuman dan sebagainya.  Ok terus terang, I bukan doktor dan sebagai seorang bukan doktor, I memang gila tak berani nak telan.  Sedang kan ubat yang di endorse KKM pon tak ku telan hahahaha.  Ini kan pula EO.  

I guna beberapa cara je, 

1.  Sapu pada bahagian tertentu pada kulit (mostly memang I guna cara ni pon sebelum I ada diffuser).  Ikut jenis minyak, ada yang I dilute dengan VCO , ada yang tak.  Tapi yang pakai pada anak, semua I dilute.

2. Now I juga gunakan diffuser untuk dapatkan kebaikan EO ni melalui aroma yang diffused by the diffuser.  Nak buat macam ni, kena educate diri juga tengok oil apa sesuai eh untuk diffuse around children.  Please la korang jangan main ikut- ikut aje.

3. Kegunaan luar seperti titis pada bantal (jangan risau nama je oil tapi dia tak oily dan tak tinggal bekas kat bantal pon), drop dalam air mop untuk cuci lantai, masuk dalam dish washing liquid, masuk dalam spray untuk spray kitchen.  

Alhamdulillah, setakat ni beberapa usaha ni memang berkesan dan memang sangat berkesan semasa mild symptoms.  Bukan setakat guna masa symptoms je, religiously sapu sama seperti I paksa diorang makan vitamin hari- hari untuk kuatkan immune sebab budak- budak ni bukannye nak makan sayur.  Selected oils range memang boleh guna untuk kuatkan immune in shaa Allah.  

Nak cakap apa, dengan izin Allah resdung pon dah tak begitu kuat macam dulu bila dok amal sapu EO hari- hari.  Setakat sakit kepala manja- manja boleh lagi tahan jangan makan painkiller sebab sekarang bila makan painkiller, mata pula bengkak.  

Kadang ada orang tanya juga, Dee pakai apa Dee sampai kau cakap selsema kau lega tanpa ubat... So bagi la jawapan.  Tapi kita sebagai pengguna ni harus juga ingat, sepertimana drugs yang kau ambil tu, EO ni ada keserasian juga lah.  Apa yang berkesan pada I, tak semesti beri kesan sama pada you.  Hence the trial and error which end up you dapatkan bermacam jenis dan cuba.  My most favourite I can tell you, adalah Cedarwood walaupon ada yang tak suka bau, lavender oil, lemon oil, dan oil blend oleh Young Living iaitu Stress Away.  Bau dia membuai dan hemmmmmmmmm.  Sedap.  Melegakan.  

Korang pon kalau nak cuba kena buat benda sama.  Educate yourself.  Jadi pengguna berilmu dan bijak.  Pilih yang sesuai dengan diri.  Rasa brand I pakai ni mahal?  Tepuk dada tanya selera.  Pilihan masing- masing lah tu.  

Cukuplah bebelan malam ni pasal minyak.  Kalau ada masa, I nak share sikit- sikit tentang kebaikan beberapa jenis essential oil yang sesuai kita guna untuk anak- anak kecil kita,  Seronok sharing supaya mommies lain dapat cuba dan elak dari menggunakan terlalu banyak drugs untuk anak.  Tunggu separate post ye.  

P/S: Untuk masa ni Alhamdulillah kids dah boleh stop flixotide tu untuk pencegahan asma.  Ventolin puff tu lagi lah dah sampai expired duduk dalam casing tu dah tak perasan.  Punya lama tak guna.  

Trip to Farm In The City

This post is longg overdue, sebab busy terlampau dan partly sebab malas edit gambar.  Maka nya tidak lah banyak mana gambar nak share kat post ni.  Been putting it off sebab sambil fikir, ada ke orang baca?  Ada ke?  Actually ada ke takde tu tak penting sangat sebab I menulis ni kadang sebab hobi.  Hobi suka bebel katakan.

Kitorang pergi Farm In The City ni dah lama sebenarnya, awal 2017 haritu kot.  Tak salah dalam bulan February.  Apa dia Farm In The City ni ye... Sebuah petting zoo sebenarnya.  Bila sebut zoo, anak- anak melompat la.  Seronok.  Kids loveeee animals.  Plan asal nak ke Zoo Negara tapi dah tau dah pe'el memasing kalau bersiap tu, takde nye nak cepat.  Hmmm Zoo kalau nak puas, kena gerak pagi dan ronda lah sampai peluh ketiak.  Last time kita pegi, dari waktu buka tu, sampai la 3pm kot.  Dahla bad experience sebab weather teruk, di selang seli hujan.

Farm In The City ni terletak di Seri Kembangan, Serdang.  Alamat dia ialah Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.  Tapi not to worry, kalau type dekat Waze farm in the city tu jumpa lah.  

Ni dekat pintu masuk, I snap gambar.  Harga tiket individu Farm In The City ni berapa, lupa lah.  Tapi kitorang ambik package family ni, plus satu tiket extra kanak-kanak.  Campur tax tak silap dalam 140+.  Bila daftar masuk kat kaunter ticket tu, dapat lah beberapa voucher termasuk voucher discount makan untuk restaurant dalam Farm In The City ni, dan beberapa tiket free untuk petting zoo Menara KL (which end up tak guna sebab lupa hahaha).  Pastu kat situ juga diorang bagi kita paket kecil untuk bagi food dekat animals nanti.  



Tengok, happy kids.  Ni sebelum muka masing-masing dah berkerut kepanasan.


Seronok dapat bagi makan turtle ke tortoise ni eh. Confuse lak I hehehe.  


Dalam ni binatang tak lah sebanyakZoo biasa.  Tapi yang menarik nya dalam Farm In The City ni, boleh berinteraksi dengan binatang kat sini.  Yang ingat ada dalam ni, ada small birds park, diorang semua merasa pegang dan bagi makan.  I berundur diri sebab geli.

Ada rusa, ada turtles and tortoise, ada rabbit, guinea pig, ada snakes, ada iguana, ada several different breeds of horses, dan banyak binatang berkaki empat I tak tau nama... Hahahaa.
Ada ayam, ada ostrich, owl, dan macam- macam juga lah.  Ramai yang kata oh kecik sangat Farm In The City ni.  Tapi bagi I, sebab datang pon dah tengahari, anak- anak boleh grumpy akibat panas, so it was just the right size untuk tour dalam masa 1 jam 1/2 ke 2 jam gitu.  

Dalam ni ada 2 restaurant, satu macam ala gerai gitu. Satu lagi dah dekat exit ada restaurant yang agak mahal katanya.  Kitorang tak pergi yang kat exit tu sebab tak dan pon, dah nak hujan.  

Dapat naik poney dalam Farm In The City. Poney kecik aje.  Kesian penat poney ni sebab queue nak naik tu sangat panjang, and kena bayar extra RM5 untuk sorang kalau tak silap I.  Mula- mula bila tengok queue anak- anak kecil excited nak naik poney I rasa aduhaiii sedih, kesian.  Sure dia penat.  Nasib juga nampak diorang rotate beberapa poney, and bagi each one masa rehat.  Seronok tak terkata ana- anak... Nak naik ni, ada limit berat which I tak ingat berapa.  Poney ni dah dekat hujung-hujung farm dah.  


Penat tunggu queue poney.  Lepas naik, boleh bagi Poney makan.




Dekat entrance which is also the exit ada kedai souvenirs dan cats shop.  Tapi I tak tertarik pon. Mommy pon rasa ok kat sini, tandas pun bersih.  Kawasan pon takde la panas terik mana sebab banyak pokok.  Tak makan masa terlalu panjang.  Yang jadi masalah parking aje la sebab macam limited aje parking dia Farm In The City ni.  Tapi ada anggota Rela jaga so quite ok jugala.  Fees nak kata mahal pon ok- ok ajelah.  Yela kita kena understand nak upkeep tempat ni perlu funding juga

Best ke kat Farm In The City? Seronok sangat kata anak- anak.  Yelah, diorang dapat bagi makan, dapat pegang dan belajar texture binatang tu semua.  Diorang tau ada animals makan rumput dna veges, ada yang makan hays.  Kira objective nak anak jalan sambil belajar tu tercapai lah juga.  Tapi kalau bulan May ni tanya lagi, entah ingat tak? Hmmm.  Maybe besok boleh tanya semula.  Overall experience Mommy bagi la 8 out of 10 kot.  






Friday, February 10, 2017

Projek pemutihan baju dan kasut sekolah

Wow tiba-tiba I pantas rajin nak buat post laagi ni.   Nak share,  antara cabaran anak bersekolah ni adalah mencuci pakaian sekolah yang berwarna putih.   Kalau yang anak sekolah swasta tu mungkin tak terasa sangat.   Tapi bagi I yang anak sekolah orang kebanyakan ni memang mencabar sangat.   Hari pertama anak balik dari sekolah dah nak menangis mommy rasa k. 
 
I ni pula bukan lah jenis redha nak rendam aje dan masuk washing machine,  lantak lah apa hasil.   Nak fikir tak larat,  memang tak larat,  tapi tah apa penyakit dok rendam,  bleach dan berus juga.   Bayangkan dah berapa minggu ni,  dah naik sado lengan membasuh,  5 pasang baju sekolah agama,  3 pasang baju sekolah kebangsaan,  5 pasang kasut.   Semua putih,  dan sental berus tangan.   Gigih sangat.   Must I remind you that I am maidless hehehe. 
 
Setakat ni belum cuba lah brand-brand sabun hebat hebat diperkatakan yang takde jual kat supermarket.  Tapi brands yang hebat di supermarket rasanya semua dah try.   Sabun jenama A,  B, D,  V,  semua dah try.   Campur pulak dengan pelbagai jenis bleaches.   Memang agak kecewa sebab rendam,  berus,  rasa dah nak hancur baju-baju dan kasut anak.   
 
Haritu masa stock up barang pencuci kat Speedmart 99, dok la mundar mandir cari sabun mana pulak nak try...  Mana yang agaknya magik ye untuk baju dan kasut sekolah anakanda...  Hmmm.   So I pun grab la sejenis sabun yang tak terfikir di minda ni.   Tak pernah guna sabun ni rasanya.   Masa nak ambik tu,  ingat nak try sabun buku sekali.   Tapi wahh agaknya rezeki nak serasi.   I ambik sabun jenama Max Kleen 9.  Harga 1kg,  RM6.70.
 
So harini,  sebab Mommy adalah Mommy prihatin nak share dengan mak mak diluar sana kot-kot lah korang nak try,  kot lah dengan korang menjadi sama...  Dapat juga I berkongsi kegembiraan dengan korang kan?   Lagi pulak kalau korang ni jenis malas nak order order,  nak tunggu orang pos bagai.  
 
Baju sekolah,  rendam semalaman.   Pagi tu I terus mesin kan aje.   Tanpa memberus.
Kasut pulak,  rendam pagi tadi,  tengahari berus light aje.   Takyah menyental sampai rasa sado lengan pon. 
 
Hasil dia,  emmm rasa nak melompat kegirangan sampai pegi update kawan-kawan sahabat handai semua suruh try.   Ini memang testimoni ikhlas bukan jual barang ni.   Sabun ni ada jual kat mini market,  supermarket,  pergi lah cari.   Mana tau serasi dengan jenis kotoran anak korang.   Kotoran anak I biasa la,  kotor meleset kat meja,  lantai,  warna, susu coklat.   Tapi rasanya kalau kotoran dah terlalu lama,  dah meresap dalam fabrik,  susah la sikit kot.   
 
Lupa transfer photo before.  Nanti I upload.

Nah... Kasut sebelum rendam pagi nye.

Berus sikit- sikit dah OK.  Kasut dah hancur selama ni Mommy bantai bleach. 
Boleh la rakan-rakan mak-mak nak cuba,  mana tau sesuai.   Pergi lah beli.   Murah je kot,  kalau tak jadi pon tak lah korang menyesal sangat.   Info macam ni, kalau bagi I sendiri memang sangat berguna sebab I ada berpasang pasang pasang nak cuci.  Memang seksa hoi...


Wednesday, February 08, 2017

Melawat Butterfly Park KL

Hehehe melawat ala- ala tourist gitu.  Sebenarnya terus terang I nak cakap, sepanjang umur ni dah 30an ni, tahun ni lah baru sedar wujudnya Butterfly Park KL atau Taman Rama-Rama KL ni.  Butterfly park ni, as the name suggested adalah taman di mana rama-rama beterbangan dengan bebas nya.  Wahhhh gitu.  Ni overdue punya posting ni, kami pergi last year masa cuti sekolah.  Saje takde idea, masa dan budget besar nak bawak anak- anak jalan... So kita bawak la anak- anak explore nature dalam hutan batu ni.

Ramai tourists datang sini.  Orang Malaysia ramai gak.  So takde la kami rasa awkward jakun sangat.


Nak share gambar butterflies, kami pakai camera phone aje so tak begitu lah sharp dan di mana rama- rama beterbangan dengan banyak nya, dalam handphone kami tak begitu nampaklah.  Tapi seronok capture moment dengan anak- anak.








Kat mana buterrfly park ni?  Rupanya dekat dengan Taman Botanik, KL Bird's Park, Taman Tasik Perdana.  Kawasan nye well- maintained, bersih.  Nak stroll around jalan- jalan tu takdelah ambik masa lama sangat sebenarnya sebab kecik aje tempatnya.  Kami pusing- pusing dah sampai kat entrance balik.  Dalam park ni, bukan butterflies aje ada, tapi selepas tu ada macam learning centre tempat diorang pamerkan many types of insects, all the different buterfly species dan macam- macam juga lagi.  Dalam kolam- kolam kecil buatan manusia juga terdapat ikan- ikan yang sangat menarik perhatian anak- anak.  Terlompat-lompat excited anak- anak bila tengok. 

Pendapat I, sesuai kalau saja nak singgah pagi sebelum lunch kat kawasan KL tu bagi peluh keluar sikit.  Kalau dah panas tak syok sangat dah kot nak berjalan kan, sebab bila dah nak tengahari tu terasa lah hangat dia walaupon banyak pokok dan daun- daun.  I boleh bagi 7 out of 10 markah. 

Dari awal dok heboh tau, butterfly asyik hinggap kat husband aje.  Skali dia hinggap kat I, punya lah I menjerit jerit ketakutan.  Aduhaiiii.  Bukan butterflies tu boleh buat apa kat ko pon haahha.  Ada gambar tapi takmau share sebab hodooohhh.  Anak- anak enjoy aje.  Janji dapat jalan.  Lepas tu masih keluar ayat, terima kasih Mommy sebab bawak kitorang jalan - jalan.

Habis kat butterfly park, kami pergi lunch, kemudian bawa anak- anak experience naik train.  Diorang penat tapi seronok.  Anak- anak biasalah memang kuat jalan kan.

Serba sedikit tentang butterfly park KL ni,

  • Visit website dia www.klbutterflypark.com.  Boleh waze cari KL butterfly park atau butterfly park KL atau taman rama-rama KL.  Lokasi di Taman Tasik Perdana.
  • Buka dari 9.00am - 6.00pm.
  • Tiket: Kitorang bayar pakej 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak yang tak sampai RM50 lah.  Total RM34.  Kira kalau rakyat Malaysia, tak de la mahal sangat tiket ni.  Tak macam kau pergi petting zoo ke, zoo ke, aquaria ke.
  • Ada kemudahan tandas di dalam taman.
  • Bole call Management diorang kalau nak tanya apa- apa di  603-2693479.
Apa pun, kalau you all nak pergi pakai lah pakaian bersesuaian.  Pastikan pakai kasut yang sesuai sebab lantai mungkin agak licin bila cuaca lembab.  Kami pergi musim hujan.  Tapi sebelum hujan turun, cuaca panas terik sangat.  Anak- anak memang komplen panas, dan ada juga nyamuk ok.  So bersiap sedia lah.