Wednesday, December 27, 2017

Ayesha and Sinusitis + Asthma


Ni anak sulong kesayangan, now 7 years old going to 8, next year (in a few more days) she will be in Darjah 2.  Kakak achieved so much during her first year of primary school.  The kinda girl who continues to make Mommy proud, and in shaa Allah Mommy harap Kakak akan berterusan begitu. 

Tapi, sejak Kakak mula sekolah rendah ni sinusitis dan asthma Kakak tambah teruk.  Yelah, Kakak spent most of her daytime in school, eating whatever she like.  Macamana lah nak pantang kan anak ni.  Tau tau balik bintik sana sini, kemudian semput.  Dah few times juga this year bawak pergi neb.  Compared to previous years she was in kindy, sekarang lebih teruk.. It was never this bad kecuali masa Kakak kecik.  Tapi tula, Kakak memang baby yang sensitive dari kecik kot.

Terbaru, dahla semput, selsema tak lut dek ubat, naik plak bintik bintik kat muka.  Satu perangai Kakak ni, if she thinks she can handle it, memang toksah la nak bagi ubat.  Dia lebih suka Mommy cari alternative, sapu sapu ke, inhale ke, apa yang boleh bagi dia lega.  In a way this is good, sebab you tau too much drugs is bad.  Tapi kalau nak solution yang cepat sikit, pilihan memang ubat.  Tapi rasanya over the years kita pon dah learn untuk situasi asthma dan alergies kakak ni ubat cuma 'control' situasi dia dan tak de healing sangat lah jugak, and tak juga cepat seperti diharapkan.  So, Kakak sendiri dah tau bila ada apa- apa problem dia tanya, 'Mommy, oil apa yang sesuai untuk Kakak'. 

So Mommy memang dah berbulan cuba control sinus infection dan alergies Kakak guna essential oil.  Atas pilihan Kakak sendiri,.  Actually dengan essential oil ni lebih dari satu oil yang sesuai untuk rawat sinusitis dan asthma ni.  Sama macam ubat, kadang Doc cakap dengan I, tak serasi.  Oil pun I agak ada keserasian dia dengan anak.  Choice I adalah Eucalyptus blue.  Sebab hasil dia I nampak lebih cepat dari minyak- minyak lain yang I cuba.  Kemudian untuk rashes pada muka I guna frankincense, kemudian I diffuse dengan Peppermint.  Semua cara 'topikal' atau penggunaan luaran ni I dilute dulu dengan Young Living V6 (carrier oil).  Keyword adalah kekerapan.  Kalau kita nak harap sekali sapu, work like magic memang tidak lah bila keadaan kesihatan ni dah agak teruk.  Elok lah ke hospital terus dapatkan rawatan kalau nampak macam takde perubahan. 

I guna macam ni,
1. Eucalyptus Blue - Untuk legakan selsema, semput (disamping nebuliser kalau perlu neb lah) sapu pada crown, forehead, temples, cheek, chest and back - 1 to 2 drop Eucalyptus blue with 5 drops carrier oil.  I topup bila agak - agak tak cukup untuk sapu. 

2. Eucalyptus Blue + Peppermint - Untuk digunakan dengan cold air diffuser (I guna Young Living's Dew Drop diffuser) , ikut separuh dari aras merah pada diffuser (lebih kurang 200ml ke?) - I drop 4 peppermint dan 2 eucalyptus.

3. Frankincense - Untuk legakan rashes, maintenance kulit, dilute 1 drop dengan 5 drop carrier oil dan sapu pada rashes kat muka Kakak sekerap mungkin. 

Korang pulak?  Apa pilihan natural remedy korang?  Apa korang guna untuk bantu pemulihan anak kalau anak dalam keadaan tak sihat? 

Friday, July 07, 2017

Birthday and Hari Raya


Love how everyone wasn't ready in the photo above hahaha.  Where was I?  If you look properly you would probably see my hand in the air, trying to make it before the timer goes off.  Electronics.  Sometimes I blame the age for not being able to keep up with the technology.  Teruk kan hahahaa.

It was my birthday last weekend, Alhamdulillah all praise to Allah for giving this opportunity to be here with my loved ones, for many more years to come, I hope.  I rasa macam dah lama je tak celebrate birthday in a Non-Ramadan month.  Alhamdulillah Allah bagi I peluang sambut birthday berulang kali dalam Ramadan.  Tahun ni, dalam Syawal pula.   Kalau kira, ada lagi 6 tahun sebelum capai umur 40.  Hmmm.  Dah makin tua ni.

Getting older, and I hope wiser.  How is that not so great feeling this time.  Sebab hati rasa berat, oh aku dah tua maksud Mak Abah semakin tua, berapa lama lagi masa kami ada bersama.  Oh aku dah tua, means kiddos are now no longer the babies they were.  Nanti ada masa I nak update sikit pe'el anak- anak dah besar ni kat blog ni. Nantu dah tua-tua boleh baca. Macam- macam hal.

Raya pulak, well it's definitely different than back then when our mom was normal.  Rasa berbeza sangat lah.  Dalam rumah kami mana ada elderly selain Mak Abah.  Bila Mak dah bedridden macam tu, it was up to my and my younger sister to prepare the Hari Raya food, make sure our Raya is as normal as it could be.  Of course the rest of the siblings had contributed but you know how they say boys will be boys.

Anyway I am still very grateful to have spent Raya with my loved ones.  Banyak spend time kali ni sebab ambil cuti lama sikit.  Saje lah nak merasa cuti lama- lama.  Kena cuti juga lagipon sebab daycare tutup hahaha.  kinda didn't have much choices.

This post is going to end here.  Wishing everyone "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin".  I hope you've had great raya so far.

Love,


Tuesday, June 20, 2017

Relaxing aroma - segar, tenang

Holaaaaaa.

Harini nak introduce trio cantik manis bertiga oleh Young Living.  Ini antara diffusing recipe kegemaran I ni.  Kenapa?  Sebab bau dia, relaxing ala spa gitu.  I diffuse 2 drops of each below to give me that relaxing environment,

Taraaaaaaaaa

Cik Bergamot - Cik Lemongrass - Cik Rosemary

Bergamot Essential Oil (Limau Purut)

Bau dari citrus family, sangat sangat harum, segar, uplifting, energizing.  Warna agak kuning kehijauan dalam botol 15 ml ni, kalau kita titis untuk topical use setitik saje dah rasa puas sebab harum dia tu memang menusuk kalbu.  I memang jatuh hati cinta pandang pertama dengan bergamot ni.  Macam contra pulakkan, dia adalah golongan minyak yang calming, tapi uplifting dan energizing at the same time.  I boleh diffuse bergamot ni siang atau malam asalkan geng essential oil yang I blend bersama tu kena untuk 'purpose' yang di cari.

Tau tak, bergamot essential oil adalah salah satu bahan dalam earl grey tea?  So boleh bayang tak keenakan dia macamana?

Selain dari efek yang dekat atas, bergamot essential oil pon ada properties antibacterial, analgesic, antidepressant dan banyak lagi... Macam biasa, efek eseential oil ni boleh jadi overlapping antara satu sama lain, so what you get is an enhanced properties of the oil.  Never lesser.

Oh, jangan lupa bergamot juga baik untuk kulit.  Tapi jangan lupa, bergamot ni kategori 'photosensitive'.  Apa maksud nya?  It means that, kalau you pakai pada kulit yang terdedah pada matahari, boleh akibatkan sensitivity pada kulit.  Contoh kalau you buat sebagai face mist ke, kan lepas tu you kena matahari, mungkin akan sebabkan alahan sikit pada kulit.  Tapi kalau pada rambut, dan you bertudung I tak rasa jadi masalah pon sebab bertutup, kan?

Read more from YL site here.

Lemongrass Essential Oil (Serai)
Setengah orang tak berapa suka bau Lemongrass ni.  Bau dia memang bau serai yang kuat dan pekat. Yelah, kita kena ingat nak hasilkan minyak- minyak ni semua dalam 1oz tu dah menggunakan beribu- ribu bunga/ daun/ akar/ batang tumbuhan.  Ada feedback yang cakap sakit kepala kalau bau Lemongrass ni bila diffuse.  To be honest, I sendiri pon pada mula pening dengan lemongrass oil ni bila diffuse.  Tapi, bila kita diffuse dia bersama bergamot essential oil dan rosemary essential oil ni wah... Sangat soothing pada hidung.

Lemongrass pon adalah dibawah family citrus, jadi boleh bayang bau dia yang citrusy tu. Fresh gila bau dia, sangat bagus untuk therapy badan dan minda!

Lemongrass ni pon sangat berguna kalau ada muscle pain tu, boleh guna sebagai massage oil.  Boleh juga gunakan sebagai kitchen cleaner, table top cleaner.  Multi-purpose sangat lah dia ni.

Boleh baca lebih lanjut tentang lemongrass dan penggunaan dia kat YL website ni.

Rosemary Essential Oil
Bila bau rosemary esssential oil ni, I teingat resepi 'rosemary honey lemon roasted chicken' yang I rajin buat masa zaman anak sorang dulu.  Bau herbal dia, menyamankan sangat dan buat kau rasa lapar hahahaha.  Teringat juga rosemary plant yang I dok tanam tapi susah nak hidup.  Roll eyes.  Hidup je, mati. Baru tinggi dalam 20-25cm, dahhh balik kampung masa yang panjang pastu mati lagi.  Sedih.

Jangan tak tau rosemary ni antara ubat sakit kepala yang berkesan pada I.  I memang ada satu botol dilute dan letak roll-on.  Bila sakit kepala, rasa tegang urat leher tu, sapu lah.  Alhamdulillah, antara alternative yang I berjaya gunakan tanpa makan painkiller.  Tapi bila dah kuat sangat nyut nyut tu telan jugak la ubat.  Tak cukup sabar nak tunggu.

Anyway mula- mula I tak pernah pon cuba diffuse rosemary ni.  Tak sangka bila diffuse, bau dia sangat sangat best.  At first I diffuse with bergamot, atau dengan lemon.  Now bila I cuba dengan bergamot dan lemongrass I rasa bau dia complement each other.

Rosemary ni merupakan antioxidant yang baik, dan mengandungi anti-inflammatory properties yang berkesan.  Juga boleh guna untuk rambut.  Ini merupakan salah satu ingredient dalam 'hair portion recipe' I.  Yang tu nanti I share ya.  Maybe later ;)

You can read more from YL link here.

Sharing is caring

Kenapa I ni suka sangat share pasal essential oil sekarang ni?  1) Sebab ni hobi I, my addiction cuma addiction tu makin teruk lak sekarang.  2) Sharing is caring kan, mana tau one day someone looking for information, boleh juga baca sikit- sikit kat sini.  Alhough I takde la share details mana pon, but at least ada idea sikit kan?

By the way, apa pon ikhtiar kita, kalau rasa perlu perhatian doktor then pergilah jumpa yang lebih pakar.  Jangan sebab nak alternative meds sangat sampai bahayakan diri sendiri pulak.  Ok tu je nak pesan. Hahahaha.

Monday, June 19, 2017

Life hack Inspired - Selamatkan lipstik yang dah nak habis, cair atau patah!

Ni dalam post ni nak share je la cubaan I weekend haritu, akibat terlampau sangat banyak free time agaknya, buat lah satu projek ni.  Actually lifehack tentang lipstik yang dah habis sampai hujung ni dah banyak kali melintas kat timeline sampai tergerak hati nak cuba.  Kebetulan pula on Friday, I keluar cari supplies glass bottle kat Ampang Galaxy dan bertembung small make up casings yang I boleh guna untuk tujuan ni (gila scary tempat ni - first time pegi.  Diorang ayat you masuk kedai salon diorang macam hooker street Lorong Hj Taib siot.).

Apa sebenarnya ni?

Korang biasa ke tak pakai lipstik, especially colour favourite korang sampai habis ke hujung?  Mungkin tidak bagi 1) orang yang gila banyak lipstick dia sampai tak habis-habis bertahun satu colour, atau 2) orang yang beli lipstik tapi tak pakai.  Hahaha.  I adalah golongan ke-3 dimana I pakai lipstick , kalau dah favourite colour tu akan pakai sampai habis.

Tapi you all sedar tak, walaupun dah habis lipstik tu, tapi dalam dia masih ada saki baki.  Serious I tau ada baki dalam tu tapi I sangat tidak sangka yang berbaki adalah banyak gila.  So selalu kalau Mac tu, dah habis kan pegi je lah trade in dapat free lipstik kalau korang kumpul 5 casings.  Yang brand lain- lain tu buang jela.

Kalau taknak buang dan nak bertindak cheapskate, nak guna hingga ke titisan terakhir?  Hahaha. Sila guna berus, ye tak...

Tapi rasa tak cool bila carry around almost empty lipstick casing?  Dan makan ruang makeup bag pula?  Ok then korang boleh refer apa I dah buat ni.

Takpon lipstik korang patah? mencair dan rosak sebab tertinggal dalam kereta?  Ponnn boleh guna trick ni.

Bahan- bahan yang di perlukan

1. Lipstick yang dah nak habis/ patah/cair.
2. Spatula kecil.
3. Bekas kosong (kalau takde bekas macam ni, boleh je pakai contact lense casing). 
4. Lilin & lighter atau mancis.
5. Sudu (jangan pakai sudu plastik yeeee kang cair hahaha)
6. Piring/ lapik untuk elakkan bersepah. 

Macamana nak buat yee...

Mula- mula bagi korang tengok ni dulu hehehe. So karangan cara nak buat mengikut gambarajah dibawah.

1. Sediakan bahan- bahan dan get ready.  Make sure kalau ada anak kecik tu suruh main jauh-jauh.  Mak nak main lipstick ni jangan kacau.

2. Korek keluar lipstik tu semua menggunakan spatula kecik tu.  Spatula I guna tu memang mini aje saiz dia.  Nampak gambar no.2, I gunakan lipstik yang dah habis, tapi leftover dia wow banyak.

3. Letak lipstik ke atas sudu dan cairkan. Cairkan sampai cair lah semuanya.

4. Once cair, sila lah titis ke dalam bekas korang.  Hasil nya taraaaaaaaa.

Sila abaikan casing yang atas tu tercomot tu sebab I tak cermat. Maka terjatuh ketulan yang belum cair dalam tu.

Tunggu sejuk baru lah korang boleh cuba gunakan lip brush dan calit ke bibir.  Jangan cari pasal weiii panas- panas tu.

Colour atas: Mac - Lustre.
Colour bawah: Stila - Betsey

Senang kan?  Total masa ambik tak sampai pon 10 minit.  Sekejap sangat.  So yang ni I boleh bawak travel.  Sediakan 1 small brush aje.  Dah boleh guna semula.

Apa lagi, kalau ada banyak masa sila cuba kat rumah masing- masing ya.

Thursday, June 15, 2017

Pest Control Service - Servis Kawalan Serangga, Tikus dan Anai- Anai Sekitar Lembah Klang

Advertisement

Rimas kan kalau rumah kita ada serangga- serangga yang supper annoying, lagi plak kalau jenis macam semut tu.. Eeeee.  Kalau I tu, memang bergaduh- gaduh dengan para serangga semua.  Memang tekad nak berlawan dengan diorang tu.

Eh tapi hari tu, dah bukan serangga dah jadi masalah kat rumah tu.  Tikus pun sama.  Haaa cik TIMON kau, hehehe orang cakap jangan sebut nama nya kuat kuat. Nanti, dia datang lagi ramai.  Tapi geli kan.  Dahla kotor, berak kencing merata, punca penyakit lak tu.  Paling sakit hati bila tupperware, tumbler semua dia gigit. Belum masuk cerita kabinet kat dapur pon habis berlubang ditebuknya.

Macamana pulak dengan anai- anai?  Isk risau kan?  Anai- anai dok bersarang tu ha kat rumah mana nak tau kan?
         
Eh tapi jangan gusar, abang Bob sado ada tolong.  Perlu perkidmatan kawalan serangga/ tikus/ anai- anai boleh hubungi abang sado ni.  Abang Bob sado ni Mr B saya tau, so hubungi pasal perkhidmatan kawalan serangga/ tikus/ anai- anai atau pest control je ye. Lain- lain jangan hahahaha.
    
 Whatsapp / Call 012 632 9975

   Macamana?  Whatsapp / Call 012 632 9975 

    Boleh tanya, jangan malu jangan segan.  Abang Bob tak telan.  

    Hehehe.  Ok sekian.